Search – Sirih Gambir

Sehelai daun sirih di tangan
Yang bertemu urat dan kehijauan
Dan pula di sapu dengan
Kapur dan gambir sebagai syarat

Hembus dengan hembusan nafas
Sebagai memenuhi syarat-syarat
Dan di hias dengan mentera
Agar sempurna bila dikunyah
Sirih dan gambir

Petua orang tua
Turun menurun dari zaman ke zaman
Ada pak dukun menggunakan
Jampi serapah sirih dan gambir

Tiup ke kanan dan ke kiri
Ke atas dan juga ke bawah
Itulah hikmat dan petua
Sirih dan gambir di bumi ini
Sirih dan gambir

Terima kasih kepada Lokman untuk lirik lagu Search – Sirih Gambir