P. Ramlee & Saloma – Joget Malaysia

Datuk Panglima pergi membajak
Ke tanah rata senja pulangnya (2x)
Kalau Saloma orang yang bijak
Negeri kita apa namanya (2x)

Ikanlah keli dalam perahu
Oranglah buta tangkap buaya (2x)
Kalau Cik Ramlee ingin nak tahu
Negara kita nama Malaysia (2x)

Ramalah rama di pohon duri
Mati ditimpa si buah nangka (2x)
Kalau Saloma orang bistari
Bulan berapa Malaysia merdeka (2x)

Anak benggali ke kebun nyonya
Petiklah gambus anak Melaka (2x)
Wahai Cik Ramlee ini jawabnya
Tiga puluh satu Ogos Merdeka (2x)

Ke pasar lama membeli serai
Singgah bertanya Datuk Menteri (2x)
Kalau Saloma orang yang pandai
Di mana letak Ibu Negeri (2x)

Anaklah bilal dari Mentakab
Pergi ke Johor buat kenduri (2x)
Cik Ramlee soal mudah dijawab
Kuala Lumpur ibu negeri (2x)

Terima kasih kepada Azlan85 kerana kiriman lirik lagu P. Ramlee & Saloma – Joget Malaysia