Samsudin Lamin – Cinta Wayang

Jangan suka bermain cinta
Cinta itu cinta buta
Fikir dahulu sebelum bercinta
Nanti tuan rosak binasa

Kita lihat orang lama
Kahwin dahulu baru bercinta
Rumah tangga cukup bahgia
Anak cucu aman sentosa

( 1 )
Cinta itu macam wayang
Wayang macam cerita hindustan
Kalau kahwin lima bulan
Suami juga cari lain perempuan

Dengar nasihat orang tua
Kahwin dahulu baru bercinta
Mintak izinnya bawak bahagia
Hidup aman rumahtangga

( ulang dari 1 )
Hidup aman rumahtangga ( 2X )

Terima kasih kepada Abg Joe Labis kerana kiriman lirik lagu Samsudin Lamin – Cinta Wayang