Sanisah Huri – Joget Malam Berinai

Duduk keliling beramai ramai
Sambil berdoa Rabbul Alamin
Di malam ini malam berinai
Sembah pengantin atas pelamin

Adik dan kakak
Mari inaikan
Untuk pengantin kita raikan

Inilah malam pertama
Marilah inaikan pengantin baru

Awal pertama berinai kecil
Hanya dibuat untuk sekeluarga
malam ketiga berinai besar
Pihak pemuda bertandang sama

Amboi kacaknya
Hai hai moleknya
Bertambah seri majlis berinai

Alangkah indahnya majlis purnama
Mari inaikan pengantin baru

Tamatlah sudah malam berinai
Kini menanti hari sandingnya

Di hari minggu ramai tamunya
Sanak saudara bekerjasama
Inilah lagu joget berinai
Marilah inaikan pengantin baru

Terima kasih kepada Arif kerana kiriman lirik lagu Sanisah Huri – Joget Malam Berinai