Saujana – Akhlak Mulia

Umpama Bebunga Yang Mekar Indah Di Taman
Akhlak Yang Mulia Pada Insan
Harum Mewangi Menghias Peribadi
Siapa Memandang Jatuh Hati

Akhlak Yang Istimewa Lumrah Dari Nur Iman
Umat Yang Bertaqwa Pada Tuhan
Hati Yang Suci Tunduk Pada Ilahi
Dunia Akhirat Dijanjikan Bahagia

Oh…Alangkah Indah Kehidupan
Masyarakat Berakhlak Mulia
Tuhan Akan Memberkati
Rahmatnya Melimpah Murni
Semua Hidup Aman Dan Harmoni

Pakaikan Di Hatimu Dengan Akhlak Mulia
Suburkanlah Dari Noda Dunia
Kenalkan Dengan Cinta Kasih
Yang Sebenarnya Pada Tuhan Yang Esa

Lukiskan Di Jiwamu Dengan Akhlak Yang Murni
Taburkanlah Dalam Diri Cinta Yang Tulus Suci
Pada Tuhan…

Terima kasih kepada Mustakim diatas kiriman lirik lagu Saujana – Akhlak Mulia